Monday, November 8, 2010

:: wiThOut YoU ::

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

Coz I would see
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing You see
If you took Your love from me
I don't know what more would life mean

I'd use my final breath
To call out Your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to Thee

So You might see
Just what Your love has meant to me
And what the cost of losing You would be
No I don't know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before You reached for me
No I don't know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You




::without you::
by sami yusuf (^.^)

Sunday, June 20, 2010

nota ringkas

Bismillahirrahmanirrahiim..

Hari ni nak share beberapa point yang sy dapat dari ceramah Ustaz Nik Zamani semasa mengikuti kem kepimpinan beberapa hari yang lalu. Sungguh sy terpegun mendengar ceramah beliau =). Kata2nya menusuk hati (ceh wah! hehe). InsyaAllah beberapa point penting yang telah sy catat akan sy kongsikan sebagai peringatan kepada sy dan juga anda yang sudi baca (^_^)v.

::Orang menyukai ilmu akan datang kepadanya kebaikan::

tetapi


::Orang yang benci kepada ilmu akan hilang keberkatan dan datang kepadanya kezaliman::


>>> 4 Peringkat dosa :-

1) Rasa bersalah apabila melakukan dosa
2) Tidak merasakan apa2 apabila melakukan dosa
3) Merasa seronok melakukan dosa
4) Merasa seronok melakukan dosa dan mempertahankan dosa tersebut.



>>> 3 Cara untuk 'check' hati menurut Syeikh 'Ati'ullah :-

1) Ketika membaca al-Quran : Jika hati tidak hadir bermakna hati sakit.
Ayat2 al-Quran perlu difahami, dihayati dan tadabbur (boleh diajar kpd orang lain).
2) Dalam solat : Jika solat tidak khusyuk bermakna hati bermasalah (sakit parah).
3) Ketika menuntut ilmu : Semasa mendengar majlis ilmu tidak timbul rasa kesedaran dalam hati.




>>> 3 Perkara paling penting menurut Syed Qutb :-

1) Ilmu : Wajib dituntut oleh setiap muslim.
2) Pengetahuan : Isu semasa yang boleh diperolehi
melalui sejarah dan sebagainya.
3) Tarbiyah


>>> 3 Golongan di akhirat :-

1) Golongan mati syahid :
2) Golongan dermawan :
3) Golongan ustaz & ustazah :

Tuesday, June 15, 2010

Teka-teki



Imam al-Ghazali pernah bertanya kepada murid-muridnya mengenai perkara berikut :-

Apakah perkara di dunia yang paling....

1) Dekat
2) Jauh
3) Berat
4) Besar
5) Ringan
6) Tajam

Jawapan :-

1) Perkara yang paling DEKAT ialah kematian.

2) Perkara yang paling JAUH ialah masa silam atau lampau.

3) Perkara yang paling BERAT ialah solat.

4) Perkara yang paling BESAR ialah

5) Perkara yang paling RINGAN ialah

6) Perkara yang paling TAJAM ialah kata-kata.


*Pernah terbaca jawapan yang berbeza-beza.wallahua'lam.
*Nom 4&5 betul2 lupa jawapannya.nota hilang.mungkin ada sesiapa yg tahu bleh mklum dan kongsikan.

Kelebihan wanita Islam


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday, June 11, 2010

Biawak yang beriman


Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a :

Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dlm bahasa Arab dikenali sebagai 'dhab' yang corak badan seperti buaya bersaiz biawak tetapi lidah tidak bercabang) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: "Demi Tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat berita menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!"

Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata: "Wahai nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!"

Nabi s.a.w tenang menjawab permintaan Umar: 'Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi?"

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu: "Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku?"
Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata: "Demi Tuhan Lata dan Uzza! Aku tidak akan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu," katanya lalu melemparkan biawak itu ke hadapan nabi s.a.w.

Nabi s.a.w memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir: "Ya wahai nabi s.a.w!"

Nabi bertanya; "Kepada siapakah engkau beriman?"

Jawab biawak itu: "Saya beriman kepada Tuhan yang dilangit itu 'arasyNya, dibumi itulah kekuasaanNya dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan di neraka itu azbNya!"

Tanya nabi lagi: "Aku ini siapa wahai biawak?"

Jawab si biawak: "Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan dan binasalah orang yang mendustakan tuan!"

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata: "Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amat kukasihi zahirku dan batinku. Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan nabi adalah pesuruhNya."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata: "Syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayahNya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan dengan al-Quran."

Jawabnya: "Kalau begitu ajarlah saya al-Quran itu, wahai Nabi! Nabi pun mengajarnya membaca surah al-Ikhlas.

Beliau berkata: "Saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih hebat daripada ini!"

Nabi menambah: "Ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-Ikhlas ini sekali, ganjarannya di sisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga dari al-Quran.Jika kau baca 2 kali seumpama dua sepertiga dari al-Quran dan jika engkau membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-Quran."

Jawab orang itu: "Tuhan itu adalah tuhan kami,Dia menerima dari kita sedikit tapi membalasnya dengan banyak"

Nabi bertanya kepadanya: "Adakah kamu memiliki harta"

Jawab beliau: "Tiada seorang pun dari Bani Sulan yang lebih miskin dari saya."

Nabi bersabda kepada para sahabat: "Berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!"

Para sahabat memberikannya bantuan sehinggakannya mendapat harta yang amat banyak terkumpul. Kemudian Abd Rahman bin Auf r.a. berkata kepada nabi: "Wahai Rasulallah saya memiliki seekor unta yang hamil 10 bulan, yang sederhana besarnya, saya perolehi dalam perang tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah.Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru kita ini.

Nabi s.a.w. bersabda: " Engkau menceritakan tentang untamu yang telah engkau hadiahkan padanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmu yang diberikan Allah sebagai balasan di akhirat.Allah s.w.t. akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada hari kiamat."

Kata Abd Rahman: "Saya redha dengannya wahai nabi."

Arab itu pun keluar dari kawasan itu.Sekonyong-konyong datang kaumnya dari Bani Sulan seramai seribu orang menaiki seribu ekor unta membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.

Dia bertanya kemanakah haluan kamu? Mereka menjawab: "Kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita!"

Kata Arab Badwi itu kepada kaumnya: "Jangan! Aku sendiri telah beriman dengannya!"

Lalu kesemua kaumnya beriman kepada Rasulullah.



*Artikle ni sy copy dari majalah solusi =)

Ketaatan dan cinta sahabat yang mendalam terhadap Rasulullah. Betapa cintanya sahabat terhadap baginda sehingga sanggup untuk membunuh siapa sahaja yg menentang baginda. Subhanallah.sungguh mantap iman mereka.. =)

Doa Seorang Kekasih



Oh Tuhan,,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah,,
Beri kekuatan jua harapan
membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih dijiwa
Ku pasrah kepadaMu kurniakanlah aku
pasangan yang beriman bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang Engkau redhai,,

Ya Allah,,
Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,,
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambamu ini
Jangan Engkau biarkanku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon...
Segala..

siapa yg meminati lagu2 nasyid pasti dah familiar dengan lagu ni..nyanyian kumpulan UNIC..lagu ni memang aku suka sangat..emm,aku masih menunggu insan itu..entah bila waktunya akan tiba..Ya Allah, sungguh Kau mengetahui segalanya yang terbaik buatku..hanya padaMu aku berserah Ya Allah..kurniakan aku pasangan yang soleh yang bisa membimbingku menuju cintaMu Allah.

Kenapa aku??


Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah yang dusta.”

(Al-Ankabut : 2-3)


Kenapa aku tidak dapat apa yang dimpikan?

Firman Allah, Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah : 216)


Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya.”

(Al-Baqarah : 286)


Bagaimana nak hadapi ujian ini?

Firman Allah, Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Ali Imran : 200)


Firman Allah lagi, Maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

(Al-Baqarah : 45)


Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah, Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..”

(At-Taubah : 111)















Tuesday, May 18, 2010

Nak kawin !!


asSaLamualaiK..(^_^)v


Siapa2 yg baca tajuk post ni mesti ingat tuan blog ni x sabar nak kawin kn?? eh xla..walaupun kadang2 rsa camtu..hehe. Sebenarnya sy nak share 1 article yg sy copy paste dr note yg ditagged di fb. Kepada yang sedang mencari pasangan terutamanya, eloklah baca ni =) insyaAllah jadi panduan buat kita semua...selamat membaca (^_~)


> 5 KoNsep mEncaRi pAsaNgan <

Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu :



.:: 1) KENAL ::.


Kita disuruh kenal/taa'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, suruh dan carilah orang(ibu bapa kita sendiri/sahabat si dia) yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Risik merisik latar belakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan, corak hidup, keperibadian/personaliti dan pegangan agamanya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.


.:: 2) KELAS ::.

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan BUKAN hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut, kelab surau dan berserban/bertudung labuh sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', MEMAHAMI, sanggup MENERIMA dan MEMBERI TEGURAN atau NASIHAT dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

.:: 3) KUFU ::.

Kufu amat dititikberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakangan ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila su lama berumahtangga.


.:: 4) KASIH ::.

Kasih BUKAN bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.

Merujuk kepada sebuah hadis:
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan."

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau-kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu."

Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tidak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan:-
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. "Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan "Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasang dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

.:: 5) REDHA ::.

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"


Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An-Nur : ayat 26:-

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa .

Begitu juga sebaliknya masalah berlaku. Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki.

Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.