Tuesday, May 31, 2011

::Menanti Cinta::

l













Sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah kerna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahsia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Menanti Cinta : Kris Dayanti

Sunday, March 13, 2011

Dan sebenarnya...





"..Cinta itu cahaya sanubari
 Kurniaan Tuhan fitrah insani
 dan dimana terciptanya cinta
 di situ rindu bermula.."






Cinta itu..

Sebenarnya..

Cinta adalah fitrah
Cinta adalah anugerah
Cinta adalah amanah
Cinta adalah tarbiyah
Cinta adalah mahabbah
Cinta adalah ukhwah
Cinta adalah rahmah
Cinta adalah hikmah
Cinta itu sangat indah jika hadirnya kerana Allah.


tapi..

Kerana cinta juga...

Cinta boleh jadi fitnah
Cinta boleh jadi musibah
Cinta boleh jadi khianah
Cinta boleh jadi serakah
Cinta boleh jadi amarah
Cinta boleh jadi tergadai maruah
Peliharalah cinta supaya kita tidak menerima padah.



Cinta sempurna kepada Allah..
Cinta mulia kepada Rasulullah..
Cinta setia kepada ibu ayah..
Cinta mesra kepada ikhwah..




"Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi,
 Cinta ayah bonda tulus suci selamanya,
 Cinta kan saudara masa berada hanya sementara,
 Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan.."




Thursday, February 17, 2011

Mati itu Pasti !!

...بسم الله الرحمن الرحيم



Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (Ali Imran : 185)

:: Saat itu pasti tiba hanya kita yang tak tahu bila dan bagaimana ::

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (An nisa : 78)

:: Walau dirimu hebat, walau tingginya darjat, meski banyaknya pangkat, walau sedang sihat, meski di laut meski di darat, ketahuilah MATI itu sangat dekat ::


"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami." (Al-Anbiya' : 35)

:: Suka duka, senyum ketawa, jerih pedih, bahagia sengsara...ujian Allah terhadap hambaNya, ingkar atau sabar? kufur atau syukur? ::

“Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (Al Baqarah : 197) 

:: Ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat bukan anugerah yang bertingkat-tingkat , amal ibadah dan sedekah jariah bukan harta mewah yang melimpah-limpah ::


“Perbanyakkanlah olehmu mengingati perosak kelazatan, iaitu mati.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

 :: Jadikan bicaramu kerana berzikir dan diammu kerana berfikir, semoga tak tergolong dalam golongan yang 'fakir'  ::


“Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)


"Rumah kata pergi kubur kata mari"
(Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'un)




"Amal kita tambah maksiat kita cegah" (InsyaAllah)
Moga dapat HUSNUL KHATIMAH (Alhamdulillah)
(TT_TT)

Sunday, February 13, 2011

.::Ya Rasulullah::.

Bismillahirrahmanirrahiim...





Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


::Keistimewaan Sunnah Rasulullah::


Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah. Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)


Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.  (Klik sini untuk baca lebih lanjut)

                **** **** **** **** **** **** **** ****


Benarkah aku begitu mencintai?
~sedang peribadimu kurang ku contohi.

Benarkah aku begitu merindui?
~sedang perjuangan dakwahmu sedikit yang ku hayati.

Benarkah aku begitu cinta?
~sedang sunnahmu jauh ku lupa.

Benarkah aku begitu rindu?
~sedang sirahmu banyak yang ku tak tahu.

Aku malu mengungkap cinta.
Aku malu mengaku rindu.

Sedangkan Kau cintakan umat.
Sedangkan Kau pemberi syafaat.

Malu aku kepadamu
Ya Rasulullah...

Sehebat mana aku mencintai?
Sekuat mana aku merindui?
Sedalam mana aku menyanjungi?
Sebanyak mana aku mengagumi?
Sejauh mana aku menghayati?

Astaghfirullah..(T,_T,)
Aku malu pada ucapanku sendiri


Ya Allah,
saratkan hatiku dengan 
cinta kepadaMu,
cinta kepada Rasulullah,
Amiin...

Selamat Menghayati Erti Maulid Rasulullah
InsyaAllah..(^^,)




Friday, February 11, 2011

Bila di duga


Menitis air mata tatkala mengenangkannya..
Bukan mudah untuk melupa.
Bukan mudah untuk buangnya.
Kerana ia fitrah manusia.
Sungguh! ianya payah.
Bagi diriku yang tersangat lemah.
Lemah dalam bermujahadah.
Tapi..akanku cuba juga sedaya upaya.


Cemburuku pada mereka..
mereka yang mudah basah matanya.
basah kerana mengenangkan dosa2.

Aku juga mudah..
mudah menangisi perkara yang bukan utama.
sedangkan dosaku tak terhitung banyaknya.
ampunkanku Ya Allah..


Ya Allah..

Kurniakan kepadaku mata yang mudah basah keranaMu...

Kurniakan kepadaku hati yang sentiasa merinduMu...
 

Ya Allah..

Kurniakanlah kepadaku mata dan hati yang baru..


Ya Allah..

Jadikan hamba..

Sabar atas ujianMu..

Redha atas ketentuanMu..

Syukur atas nikmatMu..



(T,_T,)....

Sunday, February 6, 2011

:: Erti Syukur ::


“Jangan dilihat apa yang kamu tiada..nanti kamu akan KUFUR
      tapi
Lihatlah apa yang kamu ada..insyaAllah kamu akan berSYUKUR



Firman Allah s.w.t :

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Seusungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka azab-Ku sangat berat.”
(Surah Ibrahim : 7)


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
(Surah Ibrahim : 34)



"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)".
(Surah al-Ahqaaf : 15)






















Diri ini sering merungut dalam gusar mahupun sedar..
Ampunkan ku Ya Allah..(T_T)

Monday, January 3, 2011

.::Tak semestinya~boleh jadi::.

bila pejam tak semestinya tidur,,
kalau menangis tak semestinya sedih,,
bila ketawa tak semestinya gembira,,
kalau marah tak semestinya benci,,
bila senyum tak semestinya suka,,
kalau suka tak semestinya sayang,,
bila sayang tak semestinya cinta,,
kalau cinta belum tentu bersama..


manusia..macam-macam rasa...
tapi bila ikhlas dan redha semua bermakna...(^_^)


tak mustahil api boleh jadi menyejukkan,,
bukan mustahil air boleh jadi menghangatkan,,
jangan tak sangka sampah boleh jadi berharga,,
suatu hari emas pun boleh jadi berkarat,,
percayalah batu pun boleh jadi lembut,,


insyaAllah,,dengan izin Allah semuanya boleh jadi...(^_^)