Sunday, February 13, 2011

.::Ya Rasulullah::.

Bismillahirrahmanirrahiim...





Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


::Keistimewaan Sunnah Rasulullah::


Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah. Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)


Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.  (Klik sini untuk baca lebih lanjut)

                **** **** **** **** **** **** **** ****


Benarkah aku begitu mencintai?
~sedang peribadimu kurang ku contohi.

Benarkah aku begitu merindui?
~sedang perjuangan dakwahmu sedikit yang ku hayati.

Benarkah aku begitu cinta?
~sedang sunnahmu jauh ku lupa.

Benarkah aku begitu rindu?
~sedang sirahmu banyak yang ku tak tahu.

Aku malu mengungkap cinta.
Aku malu mengaku rindu.

Sedangkan Kau cintakan umat.
Sedangkan Kau pemberi syafaat.

Malu aku kepadamu
Ya Rasulullah...

Sehebat mana aku mencintai?
Sekuat mana aku merindui?
Sedalam mana aku menyanjungi?
Sebanyak mana aku mengagumi?
Sejauh mana aku menghayati?

Astaghfirullah..(T,_T,)
Aku malu pada ucapanku sendiri


Ya Allah,
saratkan hatiku dengan 
cinta kepadaMu,
cinta kepada Rasulullah,
Amiin...

Selamat Menghayati Erti Maulid Rasulullah
InsyaAllah..(^^,)